|
SELAMAT
DATANG KE LAMAN WEB BELUTKITA.COM
PENGENALAN
Merupakan
sebuah syarikat 100%
milik bumiputera yang
menjalankan perniagaan berasaskan belut.Diusahakan oleh Puan
Che Rashirah Bt. Yaacob.Kini
mempunyai 3
buah kolam
penternakan belut yang pertama di Daerah Marang.
Di antara aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah :
*
menternak belut
*
membekal belut hidup
*
membekal benih belut
*
mengeluarkan produk-produk
yang berasaskan belut
*
menganjurkan kursus
penternakan belut
LOKASI
TERNAKAN BELUT
Kolam
penternakan belut ini
terletak di Kampung Tasek Kubu Marang,Marang, Terengganu, iaitu
lebih kurang 15km dari jalan utama persimpangan jalan masuk
ke Kampung
Pulau Kerengga; 10km ke bandar Marang dan 45 minit perjalanan
ke bandar Kuala Terengganu.
SAIZ
PROJEK
Projek
ternakan belut ini dilaksanakan
di dalam 3 buah kolam simen konkrit
yang berukuran 16 kaki lebar x 18 kaki panjang yang boleh memuatkan
kira-kira 50kg anak benih belut bagi
setiap kolam untuk setiap satu
pusingan.
Kerja-kerja pembinaan kolam
konkrit ini bermula sejak awal
bulan Julai 2008. Sebanyak 2
pusingan setahun dicadangkan bagi ternakan
belut ini dengan jumlah hasil pengeluaran
dijangka meningkat dengan
penambahan
pembinaan kolam-kolam baru.
Laman web rasmi :
www.belutkita.com
SAIZ PENYEDIAAN KOLAM
POTENSI TERNAKAN BELUT
Penternakan
belut menggunakan kolam buatan simen merupakan suatu kaedah yang julung
kalinya digunakan di Kampung Tasek Kubu dan merupakan yang
pertama di Daerah Marang. Adalah menjadi harapan syarikat kami agar
ianya menjadi satu perintis
kepada para peserta kursus ternakan belut
kami dan kepada penternak-penternak belut yang lain.Penggunaan
kolam
simen ini juga dapat membantu para penternak membuat
pemantauan
terhadap hasil penternakan dan memudahkan penjagaan tahap kebersihan
dan kualiti air.
Di samping itu juga, dasar kolam yang dilapisi oleh
media seperti tanah,
lumpur, jerami dan batang pisang menyamai habitat
asal belut memudahkan lagi tahap kualiti air dijaga. Makanan belut
terdiri daripada bahan-bahan sisa seperti perut ayam, dedak,
anak-anak
ikan dan serangga kecil.Belut
hidup atau segar juga sentiasa mendapat permintaan
yang tinggi di pasar-pasar tani yang rata-ratanya pembelinya adalah di
kalangan
bangsa Melayu.
Kebanyakan belut dibawa masuk dari negara jiran yang mana penternaknya
merupakan bangsa bukan Melayu. Dengan adanya kolam penternakan di
Daerah Marang ini, adalah diharapkan menjadi satu inisiatif bagi
mewujudkan
barisan penternak
belut yang lebih beretika, bersih dan halal; bagi menjamin
keselesaan pengguna.
SEKITAR LAWATAN
PESERTA-PESERTA KURSUS TERNAKAN
BELUT KE KOLAM TERNAKAN
BELUT DI KAMPUNG TASEK
KUBU
PADA 23 OGOS 2008
PIHAK
KAMI JUGA MENGANJURKAN KURSUS TERNAKAN BELUT
SECARA
PRAKTIKAL BAGI MEMBERI
TUNJUK AJAR KEPADA
PARA PENTERNAK
BELUT YANG BARU ATAU
INGIN
MENCEBURI BIDANG
INI.
PIHAK KAMI
MEMPUNYAI
TENAGA PAKAR DI DALAM BIDANG INI.
KEPADA
SESIAPA YANG INGIN MENYERTAI
KURSUS TERNAKAN BELUT
INI BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN
MENGHUBUNGI
PIHAK
PENGURUSAN KAMI.
ANDA INGIN
MEMAKAN BELUT??
TETAPI
ANDA GELI MELIHATNYA??
APATAH LAGI
MENYIANG @ MEMASAKNYA UNTUK HIDANGAN ANDA
SEKELUARGA??

KINI ANDA TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MELAKUKAN ITU SEMUA!
MEMPERKENALKAN
PRODUK KAMI YANG BERASASKAN BELUT YANG DAPAT MEMBANTU
MENGATASI MASALAH KESIHATAN ANDA SEKELUARGA...
KEISTIMEWAAN
BELUT
& FAKTA
MENGENAI BELUT
1)
Ketrampilannya tidak menarik, orang jijik melihatnya kerana bentuk
badannya, liuk tubuhnya.....
2)
Tahukah anda belut merupakan makanan yang
unggul, kaya
dengan
kalsium yang
berfungsi
untuk menguatkan
tulang......
3) Sumber
proteinnya
sangat tinggi,
amat sesuai untuk semua peringkat
usia dari bayi hingga lanjut
usia, terutamanya
bagi mereka yang
mempunyai masalah kesihatan......
4) Protein
belut kaya dengan asid
amino yang
amat diperlukan
untuk pertumbuhan
kanak- kanak dan menjaga
keseimbangan
nitrogen untuk
golongan dewasa.
5) Leusina
berguna
untuk pertumbuhan
protein otot dan asid
glutamat
pula menguatkan sistem
kekebalan tubuh.Tingginya
asid
glutamat
pada
belut menjadikannya enak dan tidak perlu bahan perasa untuk proses memasaknya.
6)
Kandungan asid amino pada belut dapat mempengaruhi pertumbuhan
hormon ( HGH ), yang mana HGHakan
membantu meningkatkan
kesihatan otot dan mengurangi pengumpulan lemak di dalam tubuh. Ujian makmal
menyatakan bahawa HGH dapat mengurangkan sel-sel kanser
payudara......
7) Belut
amat kaya dengan zat
besi (
20mg/100g ), jauh
lebih tinggi
daripada telur dan daging. Zat besi sangat diperlukan
oleh tubuh untuk mencegah
anemia;
tanda-tanda anemia
ialah anda merasa lemah, letih dan
lesu...
8) Zat
besi juga
berguna untuk
membentuk hemoglobin di dalam darah yang
berfungsi untuk membawa
oksigen ke dalam
setiap saluran darah,
seterusnya mengoksidankan
karbohidrat, lemak
dan
protein menjadi
tenaga. Zat
besi berguna untuk
meningkatkan kekebalan
tubuh agar tidak
mudah diserang oleh pelbagai penyakit.
9) Belut
juga kaya dengan fosforus,
kandungannya adalah dua kali ganda
daripada telur, tanpa kehadiran fosforus,
kalsium tidak dapat membentuk
tulang.
gabungan kalsium
dan
fosforus menjadikan tulang kukuh dan kuat
serta bebas daripada osteoporosis ( penyakit tulang rapuh ). Fosforus
yang berbentuk kristal umumnya
adalah sebanyak 80% di dalam tulang dan
gigi.
10)
Fungsi utama fosforus juga sebagai pemberi tenaga pada metabolisma
lemak dan karbohidrat, tunjang kesihatan
kepada gigi dan gusi.
11)
Kandungan vitamin
A sangat
baik untuk
pemeliharaan, pertumbuhan
sel dan
penglihatan.
manakala kandungan
vitamin
B juga
sangat baik
untuk
otak,
membantu membentuk
protein, hormon,
dan sel
darah merah.
Belut juga merupakan pembawa vitamin
larut lemak
(A,D,E,K).
MINYAK
BELUT ISTIMEWA

Harga:
WM RM15.00
EM RM18.00
Khasiatnya:
Baik untuk urutan wanita bersalin, kanak-kanak
kencing malam, lenguh-lenguh di bahagian
otot &
keseluruhan badan, bengkak-bengkak, gigitan serangga & luka
kecil.
JELLY BELUT ISTIMEWA
Harga:
WM RM58.00
EM RM65.00
Khasiatnya:
1) Melancarkan perjalanan darah (kaya dengan zat
besi)
2) Meningkatkan daya tahan tubuh, penyembuhan luka
& mencegah hepatitis.
3) Mencegah anemia, rapuh tulang, menguatkan daya
ingatan.
4) Meningkatkan kesihatan otot, tulang &
mencegah penyakit mata.
5) Mencegah penyakit kulit, menghaluskan kulit.
LOSYEN BELUT

Harga:
WM
RM19.00
EM RM22.00
Diadun dari estrak serai wangi
bersama belut yang dapat menyegarkan
kulit dan mencantikkan badan.
Khasiatnya:
Untuk urutan diseluruh badan , membantu melancarkan perjalanan darah, sakit
belakang, sakit lutut, sendi dan
sesuai untuk wanita bersalin.
TESTIMONI
PENDERITAAN YANG BERAKHIR
Puan Mek
Rukiah bt Seman (55
Tahun) telah mengalami masalah penyakit kulit
yang serius di seluruh badan dan anggota kakinya. Pelbagai cara dan
ihktiar telah dilakukan
bagi mengubati penyakitnya. Penyakit ini juga telah menyerang
kedua belah
kakinya menyebabkan kedua tapak kakinya berkudis sehingga beliau
sukar untuk
berjalan. Selepas memakan jelly belut, Alhamdulilah dengan izin Allah,
perubahan telah dirasai
beliau, kudis yang
dulunya berair telah beransur pulih dan kering.
Beliau boleh
berjalan sedikit demi
sedikit. Beliau masih lagi memakan jelly belut ini sehingga
kesihatan dan penyakit
yang beliau hadapi pulih seperti sedia kala. Di samping itu,
beliau juga menggunakan
minyak belut istimewa untuk dilumurkan di keseluruhan
badannya, yang
bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses pengeringan kudis yang
beliau hadapi.
Minyak ini juga amat sesuai untuk merawat sakit otot, sakit
pinggang dan lenguh-lenguh
sendi tulang.
Untuk maklumat lanjut dan
tempahan, sila hubungi :
RANGKAIAN
TANI ENTERPRISE (
TR0081311-V )
Puan Che Rashirah Bt. Yaacob
H/P :
019-9208688 @ 019-9172977
Kampung Tasek
Kubu,
21040 Pengkalan Berangan,
Marang, Terengganu.
Email:
rangkaiantani@yahoo.com
Waktu
pejabat:
Isnin-Jumaat | 9pagi - 5petang
HP:
019-9208688 @ 019-9172977
(24 jam)
Tinggalkan
pesanan SMS jika
talian sibuk.
Hakcipta
Terpelihara © 2009. http://www.belutkita.com/
Menerbitkan
semula apa jua kandungan
dari laman web ini tidak kira dalam apa jua bentuk medium tanpa
keizinan dari pihak syarikat merupakan satu kesalahan. Anda akan
didakwa jika berbuat demikian.
Dilindungi
di
bawah Akta Hakcipta
Terpelihara.
Laman
web disediakan oleh: www.tuitionkita.com

|